Nota Hati 1 : Kebangkitan
Kebahagiaan milik
mutlak Allah swt. Allah swt sangat adil dan bijak kerana tidak pernah
meletakkan kebahagiaan itu pada nilai kekayaan. Kebahagiaan juga tidak dinilai
dari seberapa ramai anak mahupun keturunan. Tidak semestinya perkahwinan itu
membawa kepada kebahagiaan. Tidak juga harta, pangkat, dan kedudukan melahirkan
rasa bahagia. Bahagia itu adalah apabila seseorang merasa tenang dan tenteram
dalam kehidupannya dan dia dapat menguruskan kehidupannya dengan mudah. Bahagia
tidak dapat lari daripada rasa syukur, sabar, dan redha. Sungguh benarlah
bahawa orang yang bahagia adalah orang yang bertaqwa kepada Allah.
Dalam hidup
ini, aku seringkali mengimpikan sesuatu yang lebih daripada apa yang aku ada.
Tidak salah mengimpikan sesuatu dan tidak salah meletakkan harapan pada
cita-cita. Aku seringkali merancang untuk kehidupan ini. Apabila ada sesuatu
perkara yang menghalang, aku akan merasakan ia suatu gangguan dalam aku
mengejar impian dan kejayaan. Aku mengungkit akan masa, tenaga, dan pengorbanan
yang aku lakukan dalam melaksanakan perkara yang tidak pernah ada dalam senarai
perancangan aku. Aku dengan angkuhnya mengatakan bahawa aku telah melakukan
ini.. dan itu.. Aku selalu mementingkan diri dan menganggap aku perlu
laksanakan tugasan aku terlebih dahulu berbanding mengutamakan orang lain termasuklah
pertolongan orang lain. Pendek kata, terlalu banyak yang aku ungkitkan dalam
usaha mengejar kejayaan.
Tiba suatu
hari aku tersedar. Aku cuba mencari apa kurang dan silapnya. Mengapa terlalu
sukar untuk aku mendapatkan apa yang aku mahu. Kenapa orang lain boleh berasa
bahagia dan gembira dengan apa yang mereka lakukan samada secara rela mahupun
tidak sengaja. Aku sedar bahawa semuanya berpunca daripada solat. Solat itu
menggambarkan hubungan aku dengan Allah swt. Sehebat mana pun perancangan kita,
namun kita seringkali terlupa bahawa Yang Maha Hebat adalah Allah swt. Solat
aku belum sempurna. Aku melambatkan solat, menangguh, berkira-kira untuk solat
lebih, berkira-kira untuk solat sunat, liat untuk berdoa selepas solat, solat
dalam keadaan tergesa-gesa dan banyak lagi yang aku kira adalah kesalahan aku
sebagai seorang muslim. Astaghfirullahalazim. Aku ada ilmu tetapi tidak mengamalkannya..sesungguhnya
ia takkan menyelamatakn aku di syurga.
Aku harus
bangkit dan memulakan pembetulan dalam kehidupan dengan memperbaiki solat. Panggilan
dan seruan solat wajib kusahut dengan penuh semangat dan iltizam agar solat
kali ini menjadi solat yang lebih baik daripada sebelum ini. Kehidupan ini
sekiranya di pusatkan pada solat akan mempermudah urusan kehidupan kerana aqidah dan kefahaman adalah asas kepasa
kejayaan dan ibadah. Ya Allah, aku berharapa agar kau tak Tarik hidaya ini
setelah kau berikannya kepada ku. Kuatkan aku untuk terus kuat dan iltizam yang
teguh. Alhamdulillah, kini aku dapat membuat keputusan dengan lebih tenang. Pelajaran,
kerjaya, minat dan cita, semuanya seiring dan aku pelru berani membuat keptusan.
Ini adalah catatanku buka cerita dia, kamu, atau mereka.
Comments
Post a Comment