Cetusan Minda 1: Kekayaan Bukan Memiliki Tetapi Memberi
Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan semenjak kecil lagi. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya dan mendapat keuntungan yang besar sehingga digelar usahawan yang berjaya. Walaubagaimanapun, segala harta yang diperolehinya diinfaqkan ke jalan perjuangan dan disedekahkan kepada fakir miskin tanpa berkira berapa lagi yang tinggal untuk dirinya. Malah selagi yang ada akan diberikan semua kepada orang lain. Kerana itu rasulullah sangat besederhana dalam berpakaian, makan dan minum, serta tempat tinggalnya. Sepeninggalan rasulullah, tidak ada harta yang ditinggalkan kerana sudah habis kesemuanya melainkan hanya Al-Quran dan Sunnah. Rasulullah telah mengajar kita bahawa sesungguhnya kaya bukan bererti memiliki rumah besar, kereta mewah, akaun yang berjuta-juta, tetapi semua yang diberikan kepada orang lain. Itu lah hakikat kekayaan yang dimiliki kerana sekali tangan yang menghulur, pahala tercatat dan tersimpan sebagai bekalan di akhirat. rahsia untuk bersedekah dan berinfaq ialah keyakinan bahawa rezeki itu milik Allah dan Allah beri pinjam kepada kita untuk dikongsikan bersama dengan orang lain. Maka, tidak akan ada kes mencuri, merompak, menyamun, dan berjudi. Andai semua manusia memahami hakikat kekayaan bukan memiliki segala material yang diidami.
Comments
Post a Comment