Posts

Cetusan Minda 1: Kekayaan Bukan Memiliki Tetapi Memberi

Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan semenjak kecil lagi. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya dan mendapat keuntungan yang besar sehingga digelar usahawan yang berjaya. Walaubagaimanapun, segala harta yang diperolehinya diinfaqkan ke jalan perjuangan dan disedekahkan kepada fakir miskin tanpa berkira berapa lagi yang tinggal untuk dirinya. Malah selagi yang ada akan diberikan semua kepada orang lain. Kerana itu rasulullah sangat besederhana dalam berpakaian, makan dan minum, serta tempat tinggalnya. Sepeninggalan rasulullah, tidak ada harta yang ditinggalkan kerana sudah habis kesemuanya melainkan hanya Al-Quran dan Sunnah. Rasulullah telah mengajar kita bahawa sesungguhnya kaya bukan bererti memiliki rumah besar, kereta mewah, akaun yang berjuta-juta, tetapi semua yang diberikan kepada orang lain. Itu lah hakikat kekayaan yang dimiliki kerana sekali tangan yang menghulur, pahala tercatat dan tersimpan sebagai bekalan di akhirat. rahsi...

Nota Hati 1 : Kebangkitan

Kebahagiaan milik mutlak Allah swt. Allah swt sangat adil dan bijak kerana tidak pernah meletakkan kebahagiaan itu pada nilai kekayaan. Kebahagiaan juga tidak dinilai dari seberapa ramai anak mahupun keturunan. Tidak semestinya perkahwinan itu membawa kepada kebahagiaan. Tidak juga harta, pangkat, dan kedudukan melahirkan rasa bahagia. Bahagia itu adalah apabila seseorang merasa tenang dan tenteram dalam kehidupannya dan dia dapat menguruskan kehidupannya dengan mudah. Bahagia tidak dapat lari daripada rasa syukur, sabar, dan redha. Sungguh benarlah bahawa orang yang bahagia adalah orang yang bertaqwa kepada Allah. Dalam hidup ini, aku seringkali mengimpikan sesuatu yang lebih daripada apa yang aku ada. Tidak salah mengimpikan sesuatu dan tidak salah meletakkan harapan pada cita-cita. Aku seringkali merancang untuk kehidupan ini. Apabila ada sesuatu perkara yang menghalang, aku akan merasakan ia suatu gangguan dalam aku mengejar impian dan kejayaan. Aku mengungkit akan masa, tenaga...

Walighah, Isteri Nuh a.s

Siri kedua Kupasan Buku Perempuan-Perempuan Al-Quran Karangan Fathi Fawzi Abdul Mu'thi ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱمۡرَأَتَ نُوحٖ وَٱمۡرَأَتَ لُوطٖۖ كَانَتَا تَحۡتَ عَبۡدَيۡنِ مِنۡ عِبَادِنَا صَٰلِحَيۡنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمۡ يُغۡنِيَا عَنۡهُمَا مِنَ ٱللَّهِ شَيۡ‍ٔٗا وَقِيلَ ٱدۡخُلَا ٱلنَّارَ مَعَ ٱلدَّٰخِلِينَ ١٠ Maksudnya:Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembal...

Hawwa Alaihassalam

Siri Pertama Kupasan Buku Perempuan-Perempuan Al-Quran Karangan Fathi Fawzi Abdul Mu'thi Dari syurga megah tersergam, Dua insan menyembah Allah, Gelaran tersayang Nabi Adam, Hawa namanya mudah dan indah. Allah swt. telah menciptakan  manusia pertama yang bernama Adam a.s. Nama Adam telah disebut sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran dan yang paling banyak di dalam surah Thaha, Al-A'raf, dan Al-Baqarah. Apabila disebut insan yang bernama Adam a.s ini pastinya tidak pernah terpisah daripada kisah Hawa a.s. Ada terdapat pelbagai kisah menarik yang boleh difahami dan dijadikan pengajaran daripada kisah Hawa a.s.  Artikel ini akan mengupas sebahagian daripada kisah hidup Hawa a.s. Pertama, berkenaan tentang sebutan namanya di dalam Quran, kedua, asal penciptaan Hawa a.s, ketiga, kisah tergodanya Adam dan Hawa a.s oleh godaan Iblis, keempat, turunnya mereka berdua ke dunia, kelima, pertemuan semula pasangan suami isteri di dunia, keenam, zuriat dan keturunan Hawa...